Resepi dan cara membuat pisang goreng rangup

Bahan-bahan yang digunakan untuk membuat pisang goreng rangup dan cara membuat pisang goreng sehingga siap untuk dimakan. Resepi dan cara membuat pisang goreng rangup. Ok selamat mencuba.

resepi dan cara membuat pisang goreng rangup

Awas dan berhati-hati ya jika beli pisang goreng atau ayam goreng di gerai-gerai atau kedai-kedai makan yang terdapat di Malaysia mahupun Indonesia kerana berkemungkinan penjual memasukkan straw atau plastik dalam minyak masak untuk menghasilkan ayam atau pisang goreng yang rangup. Kena berhati-hati terutamanya makan di kedai yang mempunyai tukang masak dari Indonesia atau kedai itu sendiri milik orang Indonesia.

Resepi dan cara membuat pisang goreng rangup (resepi 1)

Bahan-bahan:
Pisang (apa-apa jenis pisang)
2 cawan gandum
1/2 sudu teh garam
2 sudu gula
4 sudu besar minyak panas(betul-betul panas)
Air secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:
1) Panaskan minyak untuk menggoreng.
2) Campurkan tepung gandum, gula dan garam.
3) Masukkan air secukupnya dan gaul biar sebati. Biar adunan pekat.
4) Masukkan minyak panas dan gaul sebati bersama adunan.
5) Celupkan pisang ke dalam adunan dan goreng sehingga keperangan atau garing.
6) Angkat dan sedia untuk dihidang.

Resepi dan cara membuat pisang goreng rangup (resepi 2)

Bahan-bahan:
2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
5 sudu besar santan pekat (santan kotak)
1/2 sudu besar baking powder
1/2 sudu kecil serbuk kunyit (optional)
1 Biji Telur & Air secukupnya
2 sudu besar marjerin yang dicairkan
Garam secukup rasa (dalam 1/2 sudu kecil atau lebih)

Cara-Cara:
1) Cairkan marjerin di dalam periuk dengan api yang kecil. Setelah marjerin cair letakkan periuk di tepi agar ia sejuk sendiri. Semasa mencairkan marjerin, pastikan anda menjaganya. Ia cair sekejap sahaja.

2) Masukkan kesemua bahan-bahan kecuali marjerin cair dan air. Bahan-bahan tersebut ialah tepung beras, tepung gandum, telur, santan pekat, baking powder, serbuk kunyit dan garam. Kemudian masukkan air sedikit demi sedikit dan gaul menggunakan tangan.

Lebih mudah dan lebih baik hasilnya dengan mengaul menggunakan tangan. Sebab utamanya ada bahan baking powder di dalamnya. Ramas dengan tangan sehingga semuanya sebati dan pekat. Jika cair, tambahkan lagi tepung beras atau tepung gandum. Batter perlu pekat ya. Lebih kurang sama pekatnya dengan santan kotak yang pekat tu.

3) Setelah batter benar-benar pekat, masukkan marjerin cair. Pastikan marjerin tidak lagi panas. Kacau menggunakan tangan sehingga sebati.

Resepi dan cara membuat pisang goreng rangup (resepi 3)

Bahan-bahan:
Pisang secukupnya
1 cawan tepung gandum
1 cawan air sejuk
sedikit garam
1 sudu makan gula
sedikit serbuk kunyit(optional)
sedikit baking powder(optional)
4 sudu besar kelapa parut (optional)

Cara-cara:
1) Campurkan gandum, baking powder, gula, kelapa parut dan serbuk kunyit.
2) Masukkan air sejuk dan gaul hingga sebati.
3) Masukkan pisang ke dalam adunan dan sejukkan terlebih dahulu selama 10 minit.
4) Panakan minyak untuk menggoreng.
5) Goreng pisang hingga bertukar warna keperangan atau keemasan.

*Campuran kelapa parut akan merangupkan dan menyedapkan lagi rasa pisang.

Wahh rupa-rupanya banyak kan resepi menghasilkan pisang goreng rangup ini. Saya rasa yang paling senang adalah resepi pertama, yang menggunakan teknik minyak panas. Hehe. Memandangkan itu yang paling ringkas, cepat dan mudah!


Source and citation:http://rainbowisoverusnow.blogspot.com/2013/12/resepi-pisang-goreng-rangup.html

Anda mungkin menyukai:

Resepi dan cara membuat nasi lemak
Resepi dan cara membuat kek keju meleleh
Resepi dan cara membuat nasi ayam
Resepi dan cara membuat burger bakar
Resepi dan cara membuat nasi goreng mudah

Khasiat pisang 2

Menyedari hakikat itu, maka pelbagai agensi seperti MARDI berusaha untuk menaiktaraf semula kedudukan buah-buahan tempatan di mata masyarakat. Pokok pisang yang dulu dibiarkan tumbuh melata di belakang rumah kini terdapat di dalam menu di hotel-hotel terkemuka. Bukan itu sahaja, pisang juga telah pun ditanam dan diusahakan secara besar-besaran. Kini banyak kawasan perladangan pisang telah diusahakan seperti di Raub, Teluk Intan dan Kuala Kangsar. Hari ini, dengan peranan semua pihak buah-buahan tempatan semakin mendapat tempat bukan sahaja di tanahair sendiri malah ia telah menyumbangkan keuntungan yang besar kepada ekonomi negara. Dengan ini, terbuktilah bahawa pisang memang mempunyai nilai yang unggul kerana ia bukan sekadar pencuci mulut malah mampu memenuhkan isi poket.